PUNCA-PUNCA KESESAKAN JALAN RAYA
Pada masa kini, masalah
kesesakan jalan raya sudah menjadi masalah yang sering menghantui pengguna
jalan raya di Malaysia. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak
kerajaan namun usaha tersebut ibarat mencurahkan air ke daun keladi kerana
formula untuk menyelesaikannya masih menemui jalan buntu. Siapakah yang
harus dipersalahkan dalam hal ini? Wajarkah masyarakat menuding jari
kepada pihak kerajaan semata-mata? Seharusnya semua pihak perlu menyedari
bahawa kesesakan jalan raya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang
mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak selama ini.
Salah satu punca kesesakan
jalan raya ialah keadaan jalan raya itu sendiri. Kebanyakan jalan
raya di negara ini sempit terutamanya jalan-jalan persekutuan dan jalan
negeri. Keadaan ini menyebabkan jalan raya tidak dapat menampung
kenderaan yang banyak pada satu-satu masa terutamanya pada musim
perayaan. Selain itu, aktiviti peyelenggaraan jalan raya turut
menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Kerja-kerja membaik pulih jalan
raya yang rosak menyebabkan laluan kenderaan menjadi sempit sehingga kenderaan
yang melalui kawasan tersebut terpaksa bergerak dengan perlahan-lahan.
Sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak dipantau oleh pihak
berkuasa dengan sebaiknya akan menyebabkan para pekerja akan bekerja seperti
melepaskan batok di tangga. Keadaan ini mengakibatkan kerja-kerja
penyelenggaraan memakan masa yang agak panjang hingga akhirnya masalah
kesesakan jalan raya tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Di samping itu, pertumbuhan
industri automobil yang pesat turut menyumbang kepada kesesakan jalan
raya. Di Malaysia, pertumbuhan industri ini seperti cendawan tumbuh
selepas hujan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara lain dalam bidang pengeluaran kenderaan. Tambahan pula,
harga kereta buatan Malaysia yang ditawarkan amat berpatutan dan berkualiti
tinggi menjadikan rakyat Malaysia alah membeli, menang memakai.
Antara kereta buatan Malaysia yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran
ialah Perodua Kancil, Myvi, Viva, dan Proton Wira. Pertumbuhan
industri automobil yang pesat dengan harga yang berpatutan menyebabkan
rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk membeli kenderaan buata
Malaysia. Hal ini mengakibatkan bilangan kenderaan semakin bertambah
di jalan raya sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kelembapan perkhidmatan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga merupakan faktor yang membawa
kepada kesesakan jalan raya. Kebanyakan pengusaha pengangkutan awam
tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna. Contohnya,
bas tidak mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan orang ramai terlewat
sampai ke destinasi yang ditujui. Lebih mendukacitakan lagi, terdapat
juga segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak mengikut peraturan jalan raya
seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju
yang ditetapkan dan memotong di garisan berkembar. Sikap seumpama ini akan
mengundang padah kepada pelanggannya bak kata pepatah, "Lain yang makan
nangka, lain pula yang terkena getahnya". Selain itu, pengguna juga
terpaksa berhimpit-himpit apabila menggunakan pengangkutan awam serta tidak
mempunyai kemudahan yang lengkap. Hal ini menyebabkan pengguna berasa
bimbang akan keselamatan mereka dan berasa tidak selesa semasa menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan itu, pengguna akan berasa lebih
selamat dan selesa apabila mengggunakan kenderaan sendiri sehingga menyumbang kepada
kesesakan jalan raya.
Konklusinya, semua pihak
haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan
raya. Jika satu pihak sahaja yang bertindak tidak akan mendatangkan hasil
kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Pepatah berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing perlulah diamalkan oleh semua pihak agar
perkara yang sukar akan menjadi mudah.
LANGKAH MENGATASI KESESAKAN JALAN RAYA
Kesesakan jalan raya mengundang pelbagai masalah
Kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama berpunca daripada sikap pemandu dan tiada kemudahan infrastruktur yang membebankan orang ramai.
Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menangani kesesakan jalan raya dengan menaikkan cukai import yang hanya boleh dilakukan pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Perhubungan Jalan Raya (JPJ). Tujuannya adalah untuk menurunkan minat membeli kereta persendirian.
Kerajaan mestilah memperketatkan ujian memandu untuk menangani kesesakan jalan raya. Pengusaha pengangkutan awam mestilah meningkatkan mutu pengangkutan awam khas untuk orang yang sudah bekerja ataupun yang masih belajar.
Sikap pemandu yang cuai, leka dan alpa boleh diatasi jika pemandu mengubahkan sikapnya menjadi pemandu yang berhemah tinggi dan bertolak ansur. Pemandu disarankan agar berhati-hati ketika memandu dan cuba elakkan daripada kemalangan kerana kemalangan juga punca kesesakan jalan raya. Kerajaan mestilah menambahkan kemudahan infrastruktur serta menaik taraf jalan bandar dan kenderaan.
Pengguna kereta persendirian digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas awam, keretapi, monorel dan teksi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Bagi para pemandu yang sudah bekerja tidak digalakkan balik pada waktu puncak kerana waktu puncaklah yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Pengguna jalan raya mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti mematuhi lampu isyarat dan mematuhi papan tanda yang telah ditetapkan seperti kurangkan kelajuan. Kerajaan mestilah mengenal pasti pengguna kenderaan yang tidak mempunyai lesen kenderaan.
Akhir kata pengguna jalan raya mestilah mempunyai nilai yang positif seperti bertolak ansur dan kerajaan juga memainkan peranan yang tinggi untuk mengatasi kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama.

No comments:
Post a Comment