1. Bincangkan peranan sukan dalam pembangunan negara.
2. Sukan memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.
3. Bincangkan
kebaikan dan keburukan sukan.
4. Sejauh manakah
alat sukan boleh meningkatkan mutu sukan ?
Intro :
1. Ramai orang menganggap sukan
sebagai satu bentuk rekreasi dan dapat membina kesihatan kita.
2. Aktiviti sukan merangkumi
kegiatan seperti berenang, olahraga, badminton, tenis, skuasy, sepak takraw,
golf, gusti, tinju dan lumba kereta.
3. Sukan muncul sebagai satu
fenomena penting di seluruh dunia. Berkembang sebagai kegiatan fizikal
berorientasikan pertandingan.
Peranan :
1. Pembangunan sosio-budaya
sesebuah masyarakat. Penglibatan individu dalam sukan merupakan alat yang
berkesan untuk membina kesihatan tubuh badan. Kegiatan fizikal sukan
membolehkan jantung dan sistem pengaliran darah bertambah baik. Meningkatkan
fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan memulihkan ketidakfungsian
kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan tekanan emosi individu.
Rakyat yang sihat akan menjadi aset yang penting bagi pembangunan negara.
2. Pembina sahsiah yang menyeluruh.
Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul.
Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan
keseimbangan emosi. Dianggap sebagai sumber ilmu dan panduan dalam proses
pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah.
Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul dapat
dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin
berjaya serta perjuangan yang kuat.
3. Menyatukan masyrakat berbagai
etnik. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti
sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan
saling memahami. Boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala
gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti
diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Boleh menjalin keperimanusiaan.
Penyakit- penyakit sosial seperti penagihan dadah, alkoholisme, lari dari
rumah, keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin dapat dikurangkan kalau seseorang
individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
4. Sebagai satu industri dan
perdagangan. Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di
negara-negara maju. Contoh : Amerika Syarikat memperohlehi sebanyak RM135 billion
sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada
1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran
negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar
pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta
hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan :
Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan
telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan
pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan
industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada
tahun-tahun 1980an.
5. Peluang pekerjaan. Menyedikan
peluang pekerjaan profesional dan bukan profesional. Pada
1980, terdapat kira-kira 300,000
pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of
Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja
yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui
aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai
perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk
mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.
Kesimpulan :
1. Baru-baru ini, wujud satu
hubungan yang erat dinamakan “simbiotik” antara sukan, media dan pengiklanan.
Televisyen telah mengeksploitasikan sukan sebgai nadi pengiklanan melalui
sokongan kewangan. Contoh : liputan sukan Olimpik melalui televisyen pada 1992
dibayar RM21 juta oleh Syarikat Dunhill. Kos penajaan bolasepak semi- pro
Malaysia pula berjumlah RM6.6 juta.
2. Sukan boleh meningkatkan imej
dan martabat negara. Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
” MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ” mengikut Rahim Razali pengulas sukan negara.