LANGKAH MENGATASI ISU PATI
Pertumbuhan
ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing
dalam pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran
mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran
mereka telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan.
Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi.
Dalam usaha
membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan
pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin,
imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara
bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat
pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan
pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha
seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan
jumlah PATI di negara kita.
Seterusnya pihak
polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing,
terutamanya yang masuk tanpa izin. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi
dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini.
Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman
mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan
undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.
Di samping itu,
semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan,
menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin. Pelancaran operasi
kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha
membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasioperasi seperti ini akan
mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Walau
bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung
kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.
Usaha-usaha
menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan
yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya
pihak majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan
kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan
keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan
rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit
kerja yang sah sahaja.
Kerjasama antara
kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk
membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui
Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan.
Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin
kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu
dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan
terkawal.
Kesimpulannya,
keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita
memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing
terutamanya pendatang tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu
akan memudaratkan kesejahteraan rakyat kita.
Betway Casino Review 2021 | JTM Hub
ReplyDeleteIn this Betway Casino review, we show 경산 출장샵 you how 전라남도 출장마사지 you can play 안동 출장마사지 on a massive and varied gaming 강원도 출장안마 range. Check out our in-depth review of Rating: 4 · 수원 출장안마 Review by JTG Hub