Penswastaan
Latarbelakang
Pengswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.
Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan.
Objektif
Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut:
(i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan
Pada
masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam
sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan
terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke
semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat
rendah.
Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang telah menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus.

(ii)
Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja
Pencapaian
kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan
perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan
monopolistik dan menikmati berbagai sokongan Kerajaan. Dengan mengswastakan
beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan
peluang yang lebih baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka
perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi.
(iii)
Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara
Harta-harta
atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya.
Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan
sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya.
Lebih banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.

(iv) Pembahagian Sumber Serta Kecekapan
Lebih banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap.
Subsidi dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.
(v)
Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru
Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu.

Strategi
Pelaksanaan
Beberapa isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan pengswastaan sesuatu perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan satu garis panduan yang lengkap untuk memudahkan Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah:

(a) Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation);
(b) Soal keselamatan;
(c) Perundingan;
(d) Implikasi kewangan;
(e) Penentuan harga;
(f) Implikasi kepada kakitangan;
(g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;
Berdasarkan
kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor
swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambilalih
harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap
perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari
program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang
sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan
berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang
diswastakan.
Penutup
Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Pengswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan hakmilik ‘national monopoly’ yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta. Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut.
Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada pengguna penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
No comments:
Post a Comment