Sunday 21 October 2012



1.    
Memahami pengertian hak pengguna
2.     Menghormati hak asasi manusia


ISI P&P: 

1. Definisi kepenggunaan
 

Pertubuhan yang tersusun secara kolektif yang oblinya terdiri daripada pembeli atau pengguna barangan dan perkhidmatan dan mereka berusaha untuk memelihara kepentingan pengguna

2. Hak-hak sebagai pengguna 
 
 
Hak-hak pengguna (isi)
Huraian
Mandapat keperluan asas
Hak untuk mandapat keperluan asas untuk terus hidup seperti makanan yang mencukupi, tempat tinggal, perkhidmatan, pendidikan dan sebagainya
Mendapat keselamatan
Hak untuk dilindungi daripada produk dan proses pengeluaran produk yang membahayakan atau mengancam kesihatan manusia.
Mendapat maklumat barangan
Hak untuk diberi maklumat yang lengkap tentang sesuatu produk seperti isi kandungan, tarikh luput, harga, tanda halal dan sebagainya
Memilih barangan/ perkhidmatan
Hak untuk diberi peluang memilih pelbagai barangan atau perkhidmatan pada harga berpatutan
Mendengar dan menyuarakan pendapat
Hak untuk menyuarakan pendapat mengenai produk yang diingini penggunaan dan perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan pengguna
Mandapat gantirugi
Hak untuk mendapat ganti rugi atau pampasan terhadap barang rosak, tidak berkualiti atau perkhidmatan yang tidak memuaskan
Menikmati persekitaran sihat
Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih daripada pencemaran udara, air, darat dan bumi.
Mendapat pendidikan pengguna
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna bagi menjadi pengguna yang bijaksana.


3.  Matlamat/ tujuan/ perlu/ kepentingan wujudnya undang-undang perlindungan pengguna



Isi
Huraian
Melindungi daripada inflasi
Berlaku kenaikan harga barang dan penurunan nilai wang yang akan menyebabkan kuasa membeli berkurangan
Mengelakkan berlaku kekurangan barangan
Terutamanya barang keperluan harian akibat disorok oleh peniaga
Melindungi daripada amalan curang peniaga
Menaikan harga jualan barang yang tidak berkualiti, menjual barang tiruan, tiada tanda harga dan sebagainya
Melindungi alam sekitar
Daripada pencemaran seperti pembebasan asap kilang, pembuangan sisi toksik, bunyi bising dan sebagainya.
Mengelakkan pemupusan sumber alam
Seperti penebangan hutan tanpa kawalan, penggunaan pukat tunda (pemupusan ikan)
Mengelakkan pembaziran
Terdapat pengeluaran @ pengilang merancang menghadkan tempoh penggunaan sesuatu produk @ barang. Contoh: komputer hanya boleh digunakan untuk dua tahun, kereta. Sesuatu model kereta hanya boleh diguna untuk lima tahun. Ini menyebabkan pembaziran ditanggung oleh pengguna
Melindungi daripada iklan yang kurang tepat
Terdapat penipuan iklan seperti jualan murah tetapi tidak murah, indah khabar dari rupa seperti iklan kosmetik.
Mendapatkan maklumat barang
Terdapat barang maklumat seperti isi kandungan, tarikh luput dan sebagainya.
Undang-undang dan penguatkuasaan lemah
Undang-undang dan penguatkuasaan sedia ada lemah, ada unsure rasuah, kekurangan penguatkuasa dan denda tidak setimpal
Melindungi daripada perkhidmatan tinggi
Terdapat perkhidmatan dikenakan cas, perkhidmatan tinggi seperti perkhidmatan peguam, pengangkutan awam seperti bas,teksi dan perkhidmatan doktor swasta.


4. Peranan badan/ agensi berkaitan kepenggunaan


Badan/agensi
Peranan (isi)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
1.     mengeluarkan surat kuasa.
      Contoh: Barang kawalan dan jualan murah
2.     mengeluarkan sijil pendaftaran syarikat
3.     mengeluarkan sijil pendaftaran perniagaan
4.     mengeluarkan sijil paten
5.     mengeluarkan lesen atau memberi kebenaran.
      Contoh: permohonan lessen dan barang kawalan
6.     mengeluarkan surat kelulusan nama syarikat@ perniagaan
7.     perkhidmatan lain seperti penguatkuasaan undang-undang
Contoh: melakukan serbuan dan penyiasatan, memastikan barang keperluan pengguna cukup dan tidak naik harga semasa musim perayaan
8.     menyebarkan maklumat kepenggunaan melalui risalah & buletin pengguna
Persatuan pengguna
1.     memberi nasihat, bimbingan dan pendidikan kepada pengguna
2.     berjuang untuk pengguna dalan menuntut
      hal-hal pengguna seperti mendapatkan ganti rugi keselamatan
      barang dan sebagainya
3.     menyebarkan maklumat kepada pengguna melalui kempen dan seminar, buletin pengguna
4.     menyiasat aduan pengguna
5.     memastikan maklumat yang diberikan adalah benar
6.     membuat kajian untuk kepentingan pengguna.
      Contoh: kesan barangan selamat@ tidak
7.     mengambil tindakan undang-undang bagi pihak pengguna @ menyediakan masalah perkhidmatan yang disediakan
Better Business Bureau (BBB)
Better Business Bureau
Biro yang bertujuan untuk mengatasi masalah pemasaran disamping membantu pengguna untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan keputusan pembelian dan menyelesaikan masalah berhubung dengan pengguna

Tugas-tugas Better Business Bureau
i.                    Menyiasat tempat berniaga
ii.                  Pendidikan untuk pengguna
iii.                Laporan dan penilaian amal
iv.                Menangani aduan

1.     membekalkan maklumat tentang sesebuah syarikat yang pengguna ingin berurusan @ berniaga dengannya
2.     membantu menyelesaikan sesuatu aduan yang dibuat oleh pengguna terhadap sesebuah syarikat
3.     membekalkan maklumat kepenggunaan pengguna melalui TV, bahan bercetak dan lain-lain
4.     membantu amalan pengiklan agar iklan itu adalah benar
5.     membantu menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan peniaga
6.     membantu memupuk aktiviti pengiklanan dan amalan jualan yang beretika
FOMCA (Gabungan persatuan-persatuan pengguna, semua negeri kecuali Pulau Pinang )
1.     menyelesikan isu-isu berkaitan kepenggunaan dan memperjuangkan hak-hak pengguna
2.     bertindak sebagai badan penyelaras dan penasihat untuk semua persatuan pengguna di Malaysia
3.     memberi bimbingan dan nasihat kepada pengguna
4.     lain-lain peranan sama seperti persatuan pengguna

No comments:

Post a Comment