Peranan Remaja Untuk
Menjayakan Wawasan Negara.
Remaja terdiri daripada
golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun. Remaja memainkan peranan
penting dalam memajukan negara dan golongan inilah yang mudah terpengaruh
dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha untuk
memastikan remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan negara
iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh.
Hanya dengan pelajaran sahajalah,seseorang itu boleh mengubah nasib
dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmu pengetahuan,remaja
tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan dengan ini kita masih bergantung
kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja sepatutnya modal insane
cemerlang yang boleh mereka cipta sesuatu kerana remaja perlu menjadi
penyumbang teknologi, bukannya pengguna teknologi semata-mata.
Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri
daripada rakan-rakan yang terjebak dalam masalah sosial. Janganlah melibatkan
diri dalam vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah. Kesemua
gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukan keluarga. Kerajaan
pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikan masalah ini.
Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa yang terluang dengan
aktivitiaktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem.
Lantaran itu,remaja yang berwawasan perlu menghargai masa dengan sebaik-baiknya
kerana masa itu emas.
Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi
segala peraturan dan undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat
hidup dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan tidak
melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat dijalankan
dengan sempurna.
Remaja juga perlu menjayakan segala program
yang dianjurkan oleh kerajaan. Remaja sepatutnya menjadi teladan yang baik
kepada adik-adik mereka dengan berusaha bersungguhsungguh bagi menjayakan
kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen Cintailah Sungai kita dan
Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapat memainkan
peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.
Dalam usaha menjayakan wawasan negara,
remaja boleh memberikan sumbangan tenaga dan idea yang berterusan agar aspirasi
negara untuk menjadi negara maju akan terlaksana. Untuk mencapai hasrat
itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan berbentuk
pengetahuan dan berusaha untukmeningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek
seperti pengetahuan ICT yang membolehkan mereka memperoleh pengetahuan tanpa
batasan menerusi internet. Mereka boleh bertukar-tukat idea dengan remaja dari
negara lain dan seterusnya boleh menjana idea untuk menjayakan wawasan negara.
Kesimpulannya, remaja memainkan peranan
penting dalam menjayakan wawasan negara. Remaja yang berkualiti,merupakan
pemangkin kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding
bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar berwawasan, berdedikasi dan
berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setanding negara maju yang
lain.
No comments:
Post a Comment